Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Sunday, March 7, 2010

TUMBUHAN MESRA ALAM YANG SIHAT

Pokok boleh mengurangkan tekanan, membersihkan udara, mengawal kelembapan dan keselesaan, ketenangan dan menyejukkan mata


KIRA-KIRA 90 peratus masa kita banyak dihabiskan di ruang kediaman atau pejabat. Mungkin disebabkan terdedah dalam jangka masa lama menyebabkan kita berisiko untuk menerima alahan, asma dan kegatalan pada tekak, mata dan hidung.

Kebiasaannya kita meletakkan pokok di dalam ruang dalaman hanya sebagai nilai estetika saja. Sebenarnya fungsinya lebih banyak dan ia untuk kebaikan dari sudut kesihatan.


Bagaimana pokok membantu pengudaraan secara semula jadi?
Mengikut kajian pakar aeronautik Amerika Syarikat, John C. Stennis Space Center pada 1980, penggunaan pokok di ruang dalaman:
# Boleh mengurangkan tekanan sama ada di rumah, pejabat atau disekolah.


# Membersihkan udara dengan menyahtoksik udara seperti formaldehyde, benzene dan trichloroethylene


# Mengawal kelembapan dengan lebih baik

# Dari segi kerohanian, memberi ruang individu yang selesa, tenang dan menyejukkan mata.

Kita boleh mengadunkan kebaikan dari sudut kesihatan dengan nilai kecantikan  dari segi lokasi dan susun aturnya.
Mengikut kajian itu, ruang yang ada tumbuhan mengandungi 50 hingga 60 peratus kurang pertumbuhan kulat dan bakteria berbanding ruang yang tidak mempunyai pokok

Tumbuhan akan mengeluarkan phytochemicals sebagai pertahanan bagi diserang mikrob di udara. Phytochemicals ini juga dapat menyekat pertumbuhan spora dan bakteria di dalam ruang udara sekeliling.

Contoh pokok yang biasa digunakan untuk hiasan dalaman ialah Rhapis excelsa, dracaena fragrans, philodendron erubescens, anthirium s.p, spathiphyllum sp.,nephrolepis obliterata, sansiviera trifasciata (lidah mentua atau lidah jin) dan philodendrom oxycardium (pokok duit-duit).



No comments:

Post a Comment