Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Thursday, March 25, 2010

MINGGU MURAL -RABU

Encik Ishak Md Noor,Guru besar Cemerlang SKSU
turut sama bergotong-royong mural.




RABU- SKSU, HARI ini kerja-kerja kreatif mural dan cat diteruskan.  Semalam datang hari ini datang lagi dengan idea baru.  Semangat berkobar-kobar menyudahkan lakaran dan kata-kata.

Istimewanya hari ini bos turun padang membuat lanskap daripada tayr di pintu masuk.

Kalau ada yang belum menunjuk bakat masih ada 2 hari lagi.  Tolong kawan-kawan yang ada, kalau tak kena sambung pulak ke minggu depan.

Team produksi hari ini sudah mula mencetak bahan dan draf storyboard untuk pameran lestari pada Sabtu ini.


Wednesday, March 24, 2010

HIDROKULTUR DI TEMPAT KERJA.



DI TEMPAT KERJA, ANDA PASTI MENGALAMI TEKAK KERING, MATA BERAIR, PENING KEPALA YANG BERTERUSAN. TAHUKAH ANDA POKOK TANAMAN DI TEMPAT ANDA MEMBANTU ANDA MENINGKATKAN KESIHATAN.

Suasana di Kawasan tertutup




Memang kebiasaanya suasana di kawasan tertutup sukar dikawal terutamanya di dalam pejabat. Ianya boleh menjadi terlalu panas, terlalu sejuk, terlalu kering atau terlalu lembab. Tambahan pula suasana di tempat kerja sukar memuaskan hati sesiapa sahaja: ada yang berpendapat ianya terlalu panas tetapi sementara yang lain merasainya sejuk. Di samping itu, tanpa kita sedari, mesin pencetak, mesin fotostat, monitor komputer, karpet, cat dan dinding adalah penyebab yang memberi kesan kepada kualiti udara di dalam kawasan tertutup.



Akibat yang mungkin berlaku daripada kesan udara yang teruk ini biasanya merangkumi: sakit mata, sakit kepala, kulit kering dan kusam, cecair kering pada hidung dan mulut. Ianya pasti amat merimaskan.





Musim sejuk atau panas

Pada cuaca sejuk, apabila alat pemanas dibuka sehingga tahap maksimum, ia akan menyebabkan kurangnya lembapan pada udara seterusnya mewujudkan masalah. Pada musim sejuk kebanyakkan orang akan memilih kelembapan relatif di antara 30%-60%. Sementara di pejabat pula biasanya pasti memilih tahap kepanasan sekurang-kurangnya 30%. Begitu juga semasa musim panas. Mengawal iklim/suasana di tempat kerja secara automatik tanpa membuka tingkap pejabat(tidak bergantung kepada udara semulajadi) bermakna anda tidak dapat mengawal sistem suasana di tempat kerja anda sendiri. Malahan di pejabat dengan sistem pengawalan klimat, setengah daripada staf tidak berpuas hati dengan kelembapan udara di dalam pejabat.

Apa yang anda harus lakukan?

Kini anda boleh meningkatkan kesihatan udara di tempat kerja anda. Gunakan sahaja pokok hidrokultur. Tanaman/pokok hidrokultur menciptakan kesihatan udara yang maksima di tempat kerja anda. Bukan sahaja tanaman tersebut membolehkan wap air naik semula ke dalam udara malahan ianya juga menyerap wap panas dan debu serta bahan berbahaya didalam udara di tempat kerja anda. Kebanyakkan tanaman pokok palma memberi banyak air sementara tanaman paku pakis dan pokok bunga membersihkan udara daripada bahan ‘formaldehyde’ yang dikeluarkan oleh bahan binaan, kertas dan perabot yang terdapat di dalam pejabat. Tanaman lain yang membantu membersihkan udara ialah tanaman getal, pokok ivy dan sebagainya.



Tanaman apa yang sesuai?

Tanaman berlainan memberi kesan yang berlainan- Kadangkala ianya membersihkan dan melembapkan udara. Tanaman yang mempunyai penggunaan air yang tinggi membolehkan ianya membersihkan udara sehingga 15%.

Tanaman yang disyorkan untuk membersihkan udara adalah : palma ruang tamu, ketia palma, ficus, ivy, paku boston, ‘Philodendron’, ‘Spathiphyllum’ dan yang berkaitan dengannya.

Tanaman lain yang disyorkan untuk melembapkan udara terdiri daripada: tanaman paku pakis seperti paku boston, ‘African Hemp’, ‘Cyperus’ dan sebagainya, spider plant, pokok buluh, dan Spathiphyllim.

Kurangkan rungutan dan kesakitan


Kesan penggunaan tanaman hidrokultur di tempat kerja mendapat perhatian ramai saintis untuk terus membuat kajian. Jawapan dan kesimpulan yang didapati tetap sama hasil daripada kajian mereka iaitu: tanaman memang memberi kesan terhadap suasana kerja di tempat kerja!

Satu kajian telah dilakukan untuk mengkaji kesan tanaman ke atas kesihatan staf di Bahagian Radiologi di Hospital Norwgian. Apabila pokok tanaman hidrokultur ditempatkan di bahagian itu dan cahaya matahari buatan diperkenalkan, tahap kesihatan staf di situ semakin meningkat. Ini secara tidak langsung mengurangkan ketidakhadiran staf disebabkan oleh penyakit iaitu purata dalam 15% ke 5% dalam masa 6 bulan sahaja.

Simtom Pengurangan rungutan (%)

Sakit mata -15%

kerongkong kering -31%

Keletihan -32%

Batuk -38%

Sakit kepala -45%

Kurangkan tekanan

Dengan adanya tanaman hidrokultur di tempat kerja, ianya bukan sahaja memberi kesan/perubahan kepada kawasan tertutup seperti di pejabat anda. Para penyelidik telah mendapati bahawa kawasan hijau di tempat kerja membantu mengurangkan stress dalam masa 5 minit sahaja. Penyelidik di Netherlands telah menunjukkan bahawa anda yang yang bekerja menghadap monitor komputer akan menjadi lebih selesa dengan adanya pokok hidrokultur di tempat kerja!



Lebih tenang dengan Kehijauan


Pesakit hospital yang melihat pokok hidrokultur yang hijau juga didapati sembuh lebih cepat berbanding pesakit di hospital yang tidak menyediakan pokok hidrokultur di hospital tersebut. Seperti yang kita tahu, warna hijau yang dicetuskan daripada pokok hidrokultur akan memberi kesan tenang.

Kehijauan di kawasan tertutup

Kebanyakkan Syarikat kini telah menyedari keperluan mereka untuk melindungi alam sekitar secara amnya dan kebajikan pekerja secara khusus di tempat kerja. Justeru itu, kebanyakkan syarikat kini termasuk di Malaysia telah berusaha untuk memastikan kehijauan di tempat kerja masing-masing. Kewujudan pokok di tempat kerja akan membantu pekerja mereka mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Kebanyakkan syarikat sekarang juga mempunyai polisi untuk meletakkan pokok tanaman di tempat kerja sebagai langkah untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Meningkatkan mutu kerja di tempat kerja.

Kebanyakkan orang ingin memastikan diri mereka sendiri, rakan sekerja dan syarikat mereka mendapat kesihatan yang lebih baik jadi mereka haruslah memastikan syarikat mereka mempunyai senarai tanaman/pokok hidrokultur. Ini pastinya menjamin suasana kerja yang lebih menggembirakan. Kebaikan untuk majikan anda ialah pengurangan pekerja bercuti disebabkan oleh sakit.




MINGGU MURAL

Minggu ini ahli keluarga SKSU turun padang mengecat dan mewarna membuat mural di dinding-dinding  bangunan sekolah,  Yang berbakat melukis, menunjukkan bakat melakar berbagai gambar.  Yang berbakat mewarna... terus capai berus dan cat pelaka.  Taman-taman pun terus dilabel tanaman yang ada.  Masing-masing leka dengan fantasi dan buaian perasaan.... marah ke, suka ke...hanya Allah yang tahu.

Jutaan terima kasih kepada semua yang datang menceria suasana.

Kawan-kawan yang belum datang, sila-silalah datang bersama-sama kita ceriakan sekolah kita.  Tolong-menolonglah agar cepat siap.

Terima kasih sekalung budi.

" Mana berus aku ni, tengah semangatni hilang pulak"cikgu Razak.  Turut sama cikgu Wani, cikgu sharul, cikgu Fiezan.


Makmal komputer dah berimej baru.  Cikgu Nizam, cikgu Jam, Cikgu Aisyah, cikgu Norana.       Cikgu Husna dan Cikgu Wani Z  tumpang syok ikut mewarna juga.  Yang jadi juru lakar tentunya jurugambar kita En Rosman.

Ustazah Rosilawati masih mengungguli mural di dewan, sambung lagi sejak cuti hingga kini.  Tambah mural logo 1Malaysia.  Teruskan usaha team dewan!       Ustazah Hayati bersemangat mewarna logo.
Terima kasih buat Teacher Sue, cikgu Kederiah, Cikgu Saadah, Cikgu Faridah, Cikgu Norazma di SPBT, cantik bunga tulip tu.
Terima kasih buat cikgu Yatt , ustazah Moon, cikgu Rehana di blok Tahun 2... anggun betul bakal-bakal ibu ni.
Teacher Foziah, teacher Thila, teacher Imah.. laluan Pintar....go green .
Ustazah Rogayah...harini sambung lagi ye.
Teacher Nawal dan cikgu Zawadi... mural di dinding luar, tandas Pendidikan Khas... tambah ceria...
Cikgu Hamdan...cari burung....
Cikgu Sanip ..stesyen pembelajaran sains

Tuesday, March 23, 2010

KEMPEN PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK DAN AIR

Mulai1 Mac 2010, semua warga SKSU perlu menjadi lebih lestari dalam penggunaan tenaga elektrik dan air.  Lampu hanya boleh dipasang jika perlu dan selewat-lewatnya jam 9 pagi.  Bagi membantu pencahayan yang cukup di kelas, penggunaan warna langsir yang cerah adalah digalakkan.
     Kipas hanya boleh dipasang mulai jam 9 pagi. 
 Peraturan dan kempen ini juga melibatkan semua kelas dan bilik-bilik khas.
Kelas atau bilik khas yang gagal mematuhi kempen dan peraturan ini akan dikenakan denda sebanyak RM5.

Penggunaan air juga perlulah berhemah.  Gunakan seperlu yang mungkin.  Gunakan bekas seperti botol air atau baldi untuk menyiram tanaman di sudut lestari anda.
Pastikan anda menutup air pili yang telah digunakan ketika di tandas, singkin kantin dan surau.
Jadi..., berlestarilah dalam pergerakan anda.

Tuesday, March 16, 2010

Sunday, March 14, 2010

AMALAN LESTARI- PENJIMATAN AIR

30 cara menjimatkan air di dalam dan di sekitar rumah

Air atau kekurangannya telah menjadi isu yang penting di Malaysia kebelakangan ini. El Nino yang berlaku pada 1997/98 telah menunjukkan kekurangannya sumber air. Beratus ribu penduduk di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan kawasan lain Selangor, Balik Pulau di Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan telah hidup dalam sengsara pemotongan bekalan air dan catuan air.

• TANDAS

1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.

2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.

3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

• BILIK MANDI

4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.

5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.

6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

• SINKI

7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.

8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.

• TAMAN

9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.

10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.

11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.

12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.

13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.

14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.

15. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.

16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.

17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

• DAPUR

18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.

19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.

20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk

21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir

22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

• GARAJ

23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.

24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

• CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN.

25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.

26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.

27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.

28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.

29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.

30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Monday, March 8, 2010

Bahaya senyap





BAHAYA! BOTOL PLASTIK BOLEH MEMBUNUH

Kecenderungan penduduk negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti 'vinyl cloride monomer' (VCM) dan 'phthalates'. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.

"Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,"

Penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.
Amalkan hidup Lestari

Sunday, March 7, 2010

TUMBUHAN MESRA ALAM YANG SIHAT

Pokok boleh mengurangkan tekanan, membersihkan udara, mengawal kelembapan dan keselesaan, ketenangan dan menyejukkan mata


KIRA-KIRA 90 peratus masa kita banyak dihabiskan di ruang kediaman atau pejabat. Mungkin disebabkan terdedah dalam jangka masa lama menyebabkan kita berisiko untuk menerima alahan, asma dan kegatalan pada tekak, mata dan hidung.

Kebiasaannya kita meletakkan pokok di dalam ruang dalaman hanya sebagai nilai estetika saja. Sebenarnya fungsinya lebih banyak dan ia untuk kebaikan dari sudut kesihatan.


Bagaimana pokok membantu pengudaraan secara semula jadi?
Mengikut kajian pakar aeronautik Amerika Syarikat, John C. Stennis Space Center pada 1980, penggunaan pokok di ruang dalaman:
# Boleh mengurangkan tekanan sama ada di rumah, pejabat atau disekolah.


# Membersihkan udara dengan menyahtoksik udara seperti formaldehyde, benzene dan trichloroethylene


# Mengawal kelembapan dengan lebih baik

# Dari segi kerohanian, memberi ruang individu yang selesa, tenang dan menyejukkan mata.

Kita boleh mengadunkan kebaikan dari sudut kesihatan dengan nilai kecantikan  dari segi lokasi dan susun aturnya.
Mengikut kajian itu, ruang yang ada tumbuhan mengandungi 50 hingga 60 peratus kurang pertumbuhan kulat dan bakteria berbanding ruang yang tidak mempunyai pokok

Tumbuhan akan mengeluarkan phytochemicals sebagai pertahanan bagi diserang mikrob di udara. Phytochemicals ini juga dapat menyekat pertumbuhan spora dan bakteria di dalam ruang udara sekeliling.

Contoh pokok yang biasa digunakan untuk hiasan dalaman ialah Rhapis excelsa, dracaena fragrans, philodendron erubescens, anthirium s.p, spathiphyllum sp.,nephrolepis obliterata, sansiviera trifasciata (lidah mentua atau lidah jin) dan philodendrom oxycardium (pokok duit-duit).



LESTARIKAN HIDUPMU: Team Produksi Dokumentasi Lestari 2010

LESTARIKAN HIDUPMU: Team Produksi Dokumentasi Lestari 2010

Team Produksi Dokumentasi Lestari 2010

Sekali lagi team ini akan pulun menyudahkan kerja-kerja dokumentasi dan produksi yang lain bagi mempersiapkan SKSU ke hari penilaian dn penghakiman  SEKOLAH LESTARI- Anugerah Alam Sekitar
bermula Mac ini.  Team produksi berkhemah konkrit di makmal komputer setiap hari mulai jam 3 hingga 6 petang. 

beg mesra alam lestari
bookmark lestari untuk murid, guru, ibubapa, pelawat, vip

Saturday, March 6, 2010

AMALAN LESTARI DI PEJABAT

• Gantikan pokok hiasan tiruan dengan pokok hidup. Galakkan persekitaran hijau dan pastikan keseimbangan kandungan oksigen di pejabat. Kitar semula surat khabar, kertas terpakai dan kadbod. Sediakan bekas khas kitar semula di pejabat untuk mengumpul kertas yang telah digunakan.


• Penggunaan kertas secara minimum di pejabat adalah mesra alam dan dapat menjimatkan tenaga. Amalkan penggunaan e-mel, "instant messaging" dan sidang video (video conference) berbanding penggunaan faksimili dan mesin pencetak.


• Amalkan mengguna bekas minuman sendiri dan elakkan penggunaan cawan yang diperbuat daripada "Styrofoam" atau polisterin yang tidak boleh lupus. Sediakan minuman di dalam jag dan nikmati bersama rakan-rakan sepejabat.


• Gunakan komputer sebaiknya. Kurangkan jangka masa monitor berada dalam keadaan "sleep mode". Selepas menutup komputer, buka plak untuk mengelakkan pembaziran tenaga elektrik.


• Padamkan lampu, komputer, pendingin hawa dan mesin fotostat apabila tidak digunakan. Amalkan penjimatan elektrik.


• Guna semula sampul surat untuk menghantar surat. Guna semula kertas cetakan komputer sebagai kertas memo atau kertas mengambil pesanan telefon.


• Berjalan ke tempat makan akan menjimatkan petrol, mengurangkan pencemaran udara dan mengurangkan bahan pembungkusan serta mengurangkan pembuangan sampah di pejabat.


• Apabila menggunakan kertas untuk menulis atau membuat salinan di mesin fotostat gunakan kedua-dua belah muka surat.


• Pilih penyaman udara yang jimat tenaga. Pertambahan 1 darjah suhu penyaman udara akan menambahkan sebanyak 7% penggunaan tenaga elektrik.


• Jangan membazir kertas. Elakkan penebangan pokok berlebihan untuk tujuan pembuatan kertas.


• Gunakan mesin pengering tangan berbanding menggunakan tisu.


• Kurangkan perjalanan untuk kerja luar yang tidak penting. Setiap kali melakukan perjalanan melalui penerbangan, menaiki kereta api atau memandu kereta, ia memberi impak negatif kepada alam sekitar.

• Derma komputer lama kepada organisasi atau individu yang akan menggunakannya semula atau jadikan alat kreatif seperti akuarium atau peti surat.

SELAMAT MENCUBA DAN MENGAMALKAN.