Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Wednesday, March 24, 2010

HIDROKULTUR DI TEMPAT KERJA.



DI TEMPAT KERJA, ANDA PASTI MENGALAMI TEKAK KERING, MATA BERAIR, PENING KEPALA YANG BERTERUSAN. TAHUKAH ANDA POKOK TANAMAN DI TEMPAT ANDA MEMBANTU ANDA MENINGKATKAN KESIHATAN.

Suasana di Kawasan tertutup




Memang kebiasaanya suasana di kawasan tertutup sukar dikawal terutamanya di dalam pejabat. Ianya boleh menjadi terlalu panas, terlalu sejuk, terlalu kering atau terlalu lembab. Tambahan pula suasana di tempat kerja sukar memuaskan hati sesiapa sahaja: ada yang berpendapat ianya terlalu panas tetapi sementara yang lain merasainya sejuk. Di samping itu, tanpa kita sedari, mesin pencetak, mesin fotostat, monitor komputer, karpet, cat dan dinding adalah penyebab yang memberi kesan kepada kualiti udara di dalam kawasan tertutup.



Akibat yang mungkin berlaku daripada kesan udara yang teruk ini biasanya merangkumi: sakit mata, sakit kepala, kulit kering dan kusam, cecair kering pada hidung dan mulut. Ianya pasti amat merimaskan.





Musim sejuk atau panas

Pada cuaca sejuk, apabila alat pemanas dibuka sehingga tahap maksimum, ia akan menyebabkan kurangnya lembapan pada udara seterusnya mewujudkan masalah. Pada musim sejuk kebanyakkan orang akan memilih kelembapan relatif di antara 30%-60%. Sementara di pejabat pula biasanya pasti memilih tahap kepanasan sekurang-kurangnya 30%. Begitu juga semasa musim panas. Mengawal iklim/suasana di tempat kerja secara automatik tanpa membuka tingkap pejabat(tidak bergantung kepada udara semulajadi) bermakna anda tidak dapat mengawal sistem suasana di tempat kerja anda sendiri. Malahan di pejabat dengan sistem pengawalan klimat, setengah daripada staf tidak berpuas hati dengan kelembapan udara di dalam pejabat.

Apa yang anda harus lakukan?

Kini anda boleh meningkatkan kesihatan udara di tempat kerja anda. Gunakan sahaja pokok hidrokultur. Tanaman/pokok hidrokultur menciptakan kesihatan udara yang maksima di tempat kerja anda. Bukan sahaja tanaman tersebut membolehkan wap air naik semula ke dalam udara malahan ianya juga menyerap wap panas dan debu serta bahan berbahaya didalam udara di tempat kerja anda. Kebanyakkan tanaman pokok palma memberi banyak air sementara tanaman paku pakis dan pokok bunga membersihkan udara daripada bahan ‘formaldehyde’ yang dikeluarkan oleh bahan binaan, kertas dan perabot yang terdapat di dalam pejabat. Tanaman lain yang membantu membersihkan udara ialah tanaman getal, pokok ivy dan sebagainya.



Tanaman apa yang sesuai?

Tanaman berlainan memberi kesan yang berlainan- Kadangkala ianya membersihkan dan melembapkan udara. Tanaman yang mempunyai penggunaan air yang tinggi membolehkan ianya membersihkan udara sehingga 15%.

Tanaman yang disyorkan untuk membersihkan udara adalah : palma ruang tamu, ketia palma, ficus, ivy, paku boston, ‘Philodendron’, ‘Spathiphyllum’ dan yang berkaitan dengannya.

Tanaman lain yang disyorkan untuk melembapkan udara terdiri daripada: tanaman paku pakis seperti paku boston, ‘African Hemp’, ‘Cyperus’ dan sebagainya, spider plant, pokok buluh, dan Spathiphyllim.

Kurangkan rungutan dan kesakitan


Kesan penggunaan tanaman hidrokultur di tempat kerja mendapat perhatian ramai saintis untuk terus membuat kajian. Jawapan dan kesimpulan yang didapati tetap sama hasil daripada kajian mereka iaitu: tanaman memang memberi kesan terhadap suasana kerja di tempat kerja!

Satu kajian telah dilakukan untuk mengkaji kesan tanaman ke atas kesihatan staf di Bahagian Radiologi di Hospital Norwgian. Apabila pokok tanaman hidrokultur ditempatkan di bahagian itu dan cahaya matahari buatan diperkenalkan, tahap kesihatan staf di situ semakin meningkat. Ini secara tidak langsung mengurangkan ketidakhadiran staf disebabkan oleh penyakit iaitu purata dalam 15% ke 5% dalam masa 6 bulan sahaja.

Simtom Pengurangan rungutan (%)

Sakit mata -15%

kerongkong kering -31%

Keletihan -32%

Batuk -38%

Sakit kepala -45%

Kurangkan tekanan

Dengan adanya tanaman hidrokultur di tempat kerja, ianya bukan sahaja memberi kesan/perubahan kepada kawasan tertutup seperti di pejabat anda. Para penyelidik telah mendapati bahawa kawasan hijau di tempat kerja membantu mengurangkan stress dalam masa 5 minit sahaja. Penyelidik di Netherlands telah menunjukkan bahawa anda yang yang bekerja menghadap monitor komputer akan menjadi lebih selesa dengan adanya pokok hidrokultur di tempat kerja!



Lebih tenang dengan Kehijauan


Pesakit hospital yang melihat pokok hidrokultur yang hijau juga didapati sembuh lebih cepat berbanding pesakit di hospital yang tidak menyediakan pokok hidrokultur di hospital tersebut. Seperti yang kita tahu, warna hijau yang dicetuskan daripada pokok hidrokultur akan memberi kesan tenang.

Kehijauan di kawasan tertutup

Kebanyakkan Syarikat kini telah menyedari keperluan mereka untuk melindungi alam sekitar secara amnya dan kebajikan pekerja secara khusus di tempat kerja. Justeru itu, kebanyakkan syarikat kini termasuk di Malaysia telah berusaha untuk memastikan kehijauan di tempat kerja masing-masing. Kewujudan pokok di tempat kerja akan membantu pekerja mereka mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Kebanyakkan syarikat sekarang juga mempunyai polisi untuk meletakkan pokok tanaman di tempat kerja sebagai langkah untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Meningkatkan mutu kerja di tempat kerja.

Kebanyakkan orang ingin memastikan diri mereka sendiri, rakan sekerja dan syarikat mereka mendapat kesihatan yang lebih baik jadi mereka haruslah memastikan syarikat mereka mempunyai senarai tanaman/pokok hidrokultur. Ini pastinya menjamin suasana kerja yang lebih menggembirakan. Kebaikan untuk majikan anda ialah pengurangan pekerja bercuti disebabkan oleh sakit.




No comments:

Post a Comment