Assamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan dan petua mengenai khasiat dan nilai perubatan yang terdapat pada pokok misai kucing. Sekarang ini pun sudah terdapat pelbagai jenis ubatan berasaskan pokok atau daun misai kucing di pasaran. Mudah-mudahan apa yang dipaparkan ini memberi manfaat kepada kesihatan kita, insyaallah.
Khasiat Misai Kucing
Misai Kucing
Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan.
Batang:Batang empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Bunga:Bunga terdapat pada “verticils” lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun. Leraikan daun dari tangkai dan jemur daun hingga kering. Apabila hendak menggunakannya masukkan ke dalam secawan air panas dan biarkan ianya larut.. Buat seperti daun teh. Amalkan meminum airnya, insyaallah dapat mengurangkan risiko penyakit yang dihindapi malah mampu menghapus terus penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Kematangan tanaman: 3 - 4 bulan setelah diubah ke ladang
1. Radang pundi kencing : Air rebusan daun diminum
2. Kencing manis: Air rebusan daun diminum
2. Kencing manis: Air rebusan daun diminum
P/s: Semoga kita sama2 beroleh manfaat. InsyaAllah
Tn Hj Munshi Akba
No comments:
Post a Comment