Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Monday, July 12, 2010

.
Assalamualaikum dan salam lestari
Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berkongsi satu petua yang telah diamalkan sejak dulu lagi. Ianya mudah dan mujarab.  Namun jika sakit berlarutan, cepatlah ke klinik untuk rawatan lanjut.  Petua ini sekadar melegakan dan membantu bagi sakit mata yang ringan.  Selamat mencuba.
 Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata
Banyak lagi petua yang menggunakan tanaman yang terdapat di sekitar rumah atau sekolah kita.  Ada peluang saya kongsikan lagi petua yang lain pula.
Wassalam.
Pn Hjh Faridah Pilus
GPK Kurikulum SKSU

No comments:

Post a Comment