Saya amat tertarik dengan tanaman herba ini. Ianya boleh didapati di Taman herba sekolah.
TULANG-TULANG atau TETULANG merupakan tumbuhan herba yang agak pelik bentuknya. Kalau dilihat sekali lalu mungkin pokok yang nama botaninya dipanggil Euphorbia tircalli ini disangka hampir mati, walaupun ia sebenarnya tumbuh segar.
Keunikkanya kerana bentuk batang dan ranting dahan pokok tetulang adalah panjang dan membulat. Susunan ranting dahannya seolah-olah seperti rangka tulang manusia.
Dari sudut perubatan tradisional Melayu, pokok tetulang ini amat berkhasiat dan berkesan untuk merawat bisul, kesan bengkak dan juga kepatahan tulang.
Walaupun ia merupakan tumbuhan tanpa daun dan buah, tetapi secara tradisi ia dikatakan mampu merawat bisul, kesan bengkak dan patah.
Khasiat tumbuhan ini tertumpu pada cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang.
Tetapi untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting dahannya yang segar atas api yang sederhana besar.
Layurkannya atas api dalam beberapa minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah tadi.
Kemudian balutlah dengan kain bersih. Amalkan sehingga kesan kesakitannya hilang.
EN Ishak Md Noor
Guru Besar Cemerlang SKSU
No comments:
Post a Comment