Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN
Showing posts with label PERTANIAN. Show all posts
Showing posts with label PERTANIAN. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

BUMI HIJAU JANA PENDAPATAN

BUMI HIJAU BERJUALAN MENJANA PENDAPAATAN SETELAH HASIL DI TUAI.

PENJUALAN DIJALANKAN DI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI UTAMA




BIL BARANGAN NILAI HARGA DARI TAMAN

1 TERUNG RM24.00 TAMAN PERMATA & TAMAN KOMUNITI

2 SERAI RM40.00 T. MINI KESIHATAN & T.KOMUNITI / T.HERBA / T.SELERA / T.MUTIARA

3 DAUN KUNYIT RM30.00 -  T. MINI KESIHATAN / T.HERBA / T.SELERA

4. CILI RM6.00 -  T.KOMUNITI

5. LENGKUAS RM50.00 TAPAK SEMAIAN / T.HERBA

6 DAUN PANDAN RM26.00 -  TAPAK SEMAIAN

7 BUNGA KANTAN RM8.00  - T.SAINS HARON

8 ISI KUNYIT RM15.00 T. - MINI KESIHATAN

9 HALIA RM10.00 - TAPAK SEMAIAN
10 IKAN TILAPIA RM 60.00  - TAMAN LINANG PERMATA
JUMLAH RM179.00





Pn Faridah memilih sayur apakah yang hendak dibeli.  Siapa lambat mungkin tidak dapat.  Tanaman kami segar dan selamat daripada racun serangga.  Hargapun lebih berbaloi dari di pasar.

Wednesday, June 30, 2010

BUMI HIJAU DI BUMI SERI UTAMA

KONSEP PELAKSANAAN

Kempen Bumi Hijau terdiri daripada 3 komponen Tanaman,Ternakan dan Akuakultur.

TUJUAN PROGRAM BUMI HIJAU

 

MATLAMAT PROGRAM BUMI HIJAU

Matlamat utama Program Bumi Hijau ialah untuk melibatkanwarga sekolah bercucuk tanam,bagi menghasilkan bahan makanan sendiri

Di samping memupuk dan menanam semangat cintakan alam sekitar, di kalangan murid – murid Sekolah Kebangsaan Seri Utama serta sentiasa menjaga keceriaan, kebersihan dan kehijauan di seluruh kawasan sekolah.

 
KAEDAH PERLAKSANAAN PROGRAM BUMI HIJAU

Program ini akan dilaksanakan di sekolah melalui komuniti secara bergotong royong.Justeru itu AJK Bumi Hijau Sekolah Kebangsaan Seri Utama mengambil tanggungjawab ini bagi menjayakan program Sekolah Lestari di sekolah ini dengan mengadakan tanaman herba dan penghijauan alam sekitar supaya semua murid,guru dan warga sekolah Kebangsaan Seri Utama merasai erti nilai keindahan alam semulajadi di sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Utama.

NAMA PROGRAM

 
Program Bumi Hijau Sekolah Kebangsaan Seri Utama.

OBJEKTIF
1. Memupuk nilai murni mencintai alam semulajadi dan penghasilan bumi
hijau di kalangan warga sekolah.
2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui program Bumi Hijau.

 
3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti Secara bercara bergotong royong dalam bercucuk tanam.

4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar dan cintakan penghijauan

5. Mewujudkan suasana sekolah yang cintakan alam sekitar, sentiasa menjaga keceriaan, kebersihan dan kehijauan di seluruh kawasan sekolah.

6. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan makanan segar dari hasil usaha sendiri.


SASARAN

Semua Murid , Guru dan Warga Sekolah Seri Utama
LOKASI

Taman Komuniti, Taman Selera, Taman Mini Kesihatan, Taman Herba , Taman Mutiara , Taman Permata Sekolah Kebangsaan Seri Utama.
Program Bumi hijau dilaksanakan di sekolah kerana untuk penghijauan di samping dapat mengeluarkan hasil tanaman yang segar, boleh di makan ,di jual atau di proses oleh warga sekolah tersebut.

PERTANIAN - PENGENALAN BUMI HIJAU DI SKSU




Pelaksanaan Kempen Bumi Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2005 dan dirasmikan di peringkat Kebangsaan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 2006. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama dikalangan penduduk-penduduk taman perumahan di bandar. Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan disamping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik.
Kempen ini menggalakkan amalan bercucuk tanam tanaman makanan berkonsepkan laman dapur atau ‘edible landscape’, secara menanam tanaman bersesuaian dengan ruang sedia ada dan memenuhi keperluan keluarga. Ia menekankan konsep pengeluaran makanan untuk kegunaan sendiri sahaja.


Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan sasaran utama adalah penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.


Anak-anak pokok pula ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah. Jenis tanaman yang dipilih terdiri daripada sayur-sayuran, daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan.