Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Tuesday, May 4, 2010

UJIBAKAT MTQ DI RUANG LESTARI DI SKSU

           26-27 APRIL 2010, merupakan tarikh istimewa bagi warga SKSU kerana menerima tetamu daripada sekolah-sekolah seluruh Daerah Sabak Bernam.   SKSU telah dipilih menyediakan tempat ujibakat tersebut dimana teredapat 6 kategori ujibakat.
           Untuk itu beberapa lokasi berupa bilik-bilik khas Lestari menjadi pentas berlangsung ujibakat-ujibakat Tilawah kategori lelaki dan perempuan, Bercerita Kisah Al-Quran kategori lelaki dan perempuan dan Hafazan kategori lelaki dan perempuan.  Makmal Sains SKSU yang telah menerima anugerahMakmal Sains Terbaik Daerah Sabak Bernam tahun 2009 telah menjadi pusat urusetia para pegawai bertugas dan tempat menjamu selera .  Selain itu lokasi lain seperti kantin dan Galeri Lestari serta taman-taman sekitar sekolah turut dilawati oleh tetamu istimewa ini.


No comments:

Post a Comment