Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Wednesday, May 12, 2010

KEMPEN KEBERSIHAN DIRI- PRA MUTIARA

"KAMI BERSIH, KAMI SIHAT, KAMI CERIA"




11 MEI, SELASA - Kanak-kanak Pra ini begitu asyik dan seronok dengan aktiviti luar darjah apabila mereka dibenarkan berbasah-basahan bermain air setelah selesai membasuh saputangan masing-masing.  Aktiviti kebersihan ini mendidik kanak-kanak ini berdikari dan mementingkan kebersihan diri didalam dunia mereka yang tersendiri.  Selesai aktiviti ini mereka dibimbing untuk mengurus dan mengemaskan penampilan diri.  Berseronok sambil belajar adalah pendorong semangat belajar kanak-kanak ini.

No comments:

Post a Comment