Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Friday, May 14, 2010

KATAKAN TIDAK KEPADA PLASTIK DAN POLISTERIN

    

      KEMPEN ZERO PLASTIK DAN POLISTERIN melibatkan guru-guru dan murid-murid SKSU telah dilancarkan sejak Januari.  Hari demi hari maklumat bahaya penggunaan plastik dan polisterin disampaikan dan dipaprkan kepada warga sekolah juga ibubapa yang datang menghantar anak-anak mereka ke  sekolah. 
     Guru-guru sudah membawa bekas makanan yang lebih selamat bagi mengantikan plastik dan polisterin untuk mengisi makanan yang dibeli.  Ini sekaligus menjimatkan dan memelihara alam sekitar.  Namun yang paling penting ianya selamat dan sihat digunakan.
     Teruskan dengan amaln lestari ini demi menjaga bumi kita.  Katakan tidak kepada plastik dan polisterin.

No comments:

Post a Comment