Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Tuesday, May 25, 2010

PEMBUATAN BIO-ENZIM

INOVASI MESRA ALAM

Satu lagi projek inovasi yang dijalankan dan diusahakan sendiri oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini ialah pembuatan Bio-Enzim.   Bio enzim ini akan digunakan untuk tanam-tanaman dan kolam, juga sebagai ejen pencuci dan pewangi yang menjimatkan kos.  Buat sendiri , jimat belanja.  Anda pun boleh mencuba, mudah dan ringkas namun hasilnya, wow!.



Proses membuat bio-enzim menggunakan kulit buah-buhan dan sisa reja sayuran dapur dilakukan.






Bahan-bahan dicampurkan dengan nisbah air dan gula merah  dan diperam selama beberapa minggu untuk proses penguraian dan berubah menjadi bio-enzim yang mesra alam.
Tahniah kepada guru-guru Unit INOVASI BIO-ENZIM  yang diketuai oleh Pn Faridah Pilus.

HARI TANPA BEG PLASTIK SELANGOR .

Friday, May 14, 2010

KATAKAN TIDAK KEPADA PLASTIK DAN POLISTERIN

    

      KEMPEN ZERO PLASTIK DAN POLISTERIN melibatkan guru-guru dan murid-murid SKSU telah dilancarkan sejak Januari.  Hari demi hari maklumat bahaya penggunaan plastik dan polisterin disampaikan dan dipaprkan kepada warga sekolah juga ibubapa yang datang menghantar anak-anak mereka ke  sekolah. 
     Guru-guru sudah membawa bekas makanan yang lebih selamat bagi mengantikan plastik dan polisterin untuk mengisi makanan yang dibeli.  Ini sekaligus menjimatkan dan memelihara alam sekitar.  Namun yang paling penting ianya selamat dan sihat digunakan.
     Teruskan dengan amaln lestari ini demi menjaga bumi kita.  Katakan tidak kepada plastik dan polisterin.

Wednesday, May 12, 2010

KEMPEN KEBERSIHAN DIRI- PRA MUTIARA

"KAMI BERSIH, KAMI SIHAT, KAMI CERIA"




11 MEI, SELASA - Kanak-kanak Pra ini begitu asyik dan seronok dengan aktiviti luar darjah apabila mereka dibenarkan berbasah-basahan bermain air setelah selesai membasuh saputangan masing-masing.  Aktiviti kebersihan ini mendidik kanak-kanak ini berdikari dan mementingkan kebersihan diri didalam dunia mereka yang tersendiri.  Selesai aktiviti ini mereka dibimbing untuk mengurus dan mengemaskan penampilan diri.  Berseronok sambil belajar adalah pendorong semangat belajar kanak-kanak ini.

Thursday, May 6, 2010

HAPPY BIRTHDAY EARTH




This April will mark four decades of organized environmental awareness. And, given the current economic, environmental and energy crises, it’s clear that Earth Day is no longer a “holiday” reserved for hippies. We all have stake in planet Earth. Accordingly, significant action must continue in order to sustain our planet and the people she supports

On April 22, folks all over the globe will come out in droves to pay tribute to our planet. Communities and college campuses will host eco-events, celebrations and demonstrations. Artists will display sculptures made from recycled materials, musicians will perform songs that address sustainability and young children will participate in Earth education activities.

Forty years ago, Gaylord Nelson, a democratic senator from Wisconsin, founded Earth Day as an environmental teach-in. Today, contemporary citizens of Earth, residing in countries all over the planet, recognize April 22 as a day to not only educate friends, children and neighbors, but also as a day to make eco-resolutions, petition for better corporate, environmental and social practices and rejoice upon our beautiful, supportive planet. What will you celebrate and what will you vow to do better this year?

And, of course, we couldn’t take a lot of this eco-action without your continued support and like-minded vision for a healthier planet and people. So, whether you plan to participate in a community or educational event this Earth Day or opt to quietly enjoy the day while you thoughtfully resolve to up your dedication to protecting the planet, we applaud and encourage your efforts and thank you for your continued support of ours.


Today:Make a list of all your positive eco-actions. Before you resolve to make more Earth-friendly choices, recognize all that you already do.

This month:Get your Earth Day eco-merrymaking on! Make an Earth Day resolution. How will you improve your eco-behavior this year? Shoot big, but remember to make it something that’s attainable, like no more paper cups — period!

This year:Strive to treat every day like it’s Earth Day, because when you really think on it, every day is!
Happy Birthday Earth Day!:)


PENGESAHAN E-WASTE DARI JABATAN ALAM SEKITAR

INOVASI KITAR SEMULA E-WASTE


                       Encik Ishak Md Noor, Guru Besar Cemerlang SK Seri Utama sedang mendengar
penerangan yang disampaikan oleh En Kamasuahadi b Yasin Penolong Pegawai JAS mengenai E-WASTE.



                         Sekolah telah mendapat pengesahan dan khidmat nasihat mengenai E-Waste atau pembuangan bahan berjadual.  Pihak JAS juga bersedia untuk memberikan ceramah dan  berkongsi idea mengenai alam sekitar.



Tuesday, May 4, 2010

UJIBAKAT MTQ DI RUANG LESTARI DI SKSU

           26-27 APRIL 2010, merupakan tarikh istimewa bagi warga SKSU kerana menerima tetamu daripada sekolah-sekolah seluruh Daerah Sabak Bernam.   SKSU telah dipilih menyediakan tempat ujibakat tersebut dimana teredapat 6 kategori ujibakat.
           Untuk itu beberapa lokasi berupa bilik-bilik khas Lestari menjadi pentas berlangsung ujibakat-ujibakat Tilawah kategori lelaki dan perempuan, Bercerita Kisah Al-Quran kategori lelaki dan perempuan dan Hafazan kategori lelaki dan perempuan.  Makmal Sains SKSU yang telah menerima anugerahMakmal Sains Terbaik Daerah Sabak Bernam tahun 2009 telah menjadi pusat urusetia para pegawai bertugas dan tempat menjamu selera .  Selain itu lokasi lain seperti kantin dan Galeri Lestari serta taman-taman sekitar sekolah turut dilawati oleh tetamu istimewa ini.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE FRIM

         
Satu lawatan sambil belajar yang diketuai En. Ishak Md Noor, Guru Besar Cemerlang SKSU telah pergi ke FRIM, Kepong untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat tentang ekologi dan sistem perhutanan di Malaysia, bagi membina satu sistem ekologi warisan perhutanan di laluan kosong sekolah.  Rancagan ini juga merupakan salah satu daripada saranan pihak panel bagi menambahbaikan inovasi sekolah demi menjadi Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar dan Wira Alam Semesta.  Beliau yang diiringi oleh Cikgu Zaki Wahudin dan Tn Hj Siraj Mahfuf juga pekerja  sekolah , Encik Isnin B Abdullah, Encik Lokman b Md Noor dan Encik Samsuri.

Hasil lawatan yang memberangsangkan dan menyuntik semangat mereka untuk terus memulakan kerja-kerja membuat dan merealisaikan Laluan Rimba yang membawa satu pemandangan hutan di Malaysia yang semulajadi, nyaman dan sejuk mata memandang.  Ianya juga merupakan satu lagi prasarana pembelajaran yang menarik dan satu realiti kepada murid-murid khasnya dan seluruh warga sekolah ini.