Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
Labels
- Aktiviti (7)
- amalan lestari (13)
- Anugerah dan kejayaan. (2)
- Berita dan info (11)
- ELEMEN KHAS- INOVASI (4)
- Galeri Lestari (1)
- Jaringan (3)
- KESUMA (1)
- PERTANIAN (3)
- Pertanian -Bumi Hijau (3)
- PETUA (14)
- TANAMAN (6)
SEKOLAH DALAM TAMAN
Friday, March 25, 2011
AMALAN LESTARI DI SEKOLAH
AMALAN LESTARI DI SEKOLAH
•Amalkan penggunaan cahaya semula jadi dan biarkan tingkap terbuka. Padamkan suis lampu dan kipas yang tidak digunakan.
•Tanam pokok bagi mencantikkan persekitaran sekolah. Pokok menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen ke atmosfera.
•Pastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah dan pupuk amalan ini di kalangan murid sekolah.
•Gunakan saputangan bagi mengurangkan penggunaan kertas tisu dan menjimatkan sumber hutan.
•Gunakan mesin kira-kira (calculator) yang mempunyai kuasa solar.
•Gunakan klip kertas biasa berbanding klip berwarna kerana ia boleh mengakibatkan keracunan kadmium.
•Tutup paip air dengan sempurna. Paip yang dibiarkan terbuka mengakibatkan pembaziran sehingga 9 liter air seminit.
•Berjalan atau berbasikal ke sekolah untuk mengurangkan pencemaran udara yang berpunca daripada penggunaan kenderaan bermotor.
•Beli kertas yang dikitar semula. Ia membantu mengurangkan bilangan pokok yang ditebang untuk menghasilkan kertas.
•Kurangkan penghasilan sampah dengan menggunakan pena berdakwat yang boleh diisi semula dan pensil mekanikal.
•Bawa bekalan makanan sendiri ke sekolah. Ia lebih menyihatkan, menjimatkan wang dan kebersihannya juga adalah terjamin.
•Gunakan tong kitar semula. Asingkan bahan buangan seperti kertas, tin dan botol kaca atau plastik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment