Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Tuesday, July 13, 2010

TANAMAN HERBA

Salam sejahtera.  Saya ingin memperkenalkan satu ruangan baru yang menyingkap tentang tumbuhan herba yang terdapat di sekeliling kita.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada sebuah majalah tempatan , terdapat sebanyak 150000 spesies tumbuhan yang didapati di kawasan tropika dan sebanyak 6000 spesies dilaporkan mempunyai khasiat perubatan. Bagaimanapun, sebilangan kecil spesies didapati hampir pupus.Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap warga negara mengekalkan kewujudan spesies ini daripada pupus.



Terdapat banyak tumbuhan berubat yang boleh dijadikan tanaman hiasan.Dengan cara menanam tanaman seperti ini kawasan rumah, ia bukan sahaja mencantikkan dan menyegarkan keadaaan sekitaran, malahan ia berguna sebagai bahan ubatan.Amalan seperti ini akan menggelakkan tumbuhan berubat ini daripada pupus.



Sejak dahulu lagi, nenek-moyang kita telah menggunakan tumbuhan-tumbuhan ini dalam perubatan .Sebagaimana yang kita sedia maklum, pada masa kini usaha memodenkan perubatan traditional berunsur tumbuhan ini sedang berjalan rancak.Melalui tugasan ini, sedikit-sebanyak rahsia tumbuhan ubatan yang terdapat di sekeliling kita dapat dikupas.



Secara umumnya, bahagian-bahagian yang sering digunakan termasuklah akar, batang, bunga, pucuk dan daun. Bahagian-bahagian ini biasanya direbus dan diminum airnya. Terdapat juga tumbuhan yang diasah dan disapu airnya kepada bahagian yang sakit. Kaedah ini dipercayai dapat menyembuhkan sesuatu penyakit.



Sebahagian tumbuhan yang ingin digunakan sebagai ubat hendaklah dikenalpasti dengan betul. Ini kerana tumbuhan yang berbeza mungkin akan mempunyai khasiat yang berbeza dan sesetengahnya juga boleh memudaratkan. Tumbuhan ubatan juga perlu diambil dalam sukatan yang ditentukan.Ini kerana sukatan yang berlebihan kemungkinan besar akan memberikan kesan yang tidak baik.



Oleh itu, setiap ubatan yang dihasilkan daripada tumbuhan mestilah disediakan dan diambil dengan cara dan sukatan yang betul.

Kenali tanaman herba yang kaya dengan khasiat dan rahsia perubatannya.







LIDAH BUAYA
Aloe Vera

Tumbuhan Kosmetik








Pokok lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe vera merupakan salah satu tumbuhan ubatan yang dikaitkan dengan berbagai-bagai jenis penyakit. Famili bagi pokok lidah buaya ini ialah Aloaceae. Ia boleh dikatakan sebagai antara tumbuhan yang paling popular dalam perubatan traditional. Pokok ini kelihatan menyerupai pokok kaktus kerana ia tidak mempunyai helaian daun, sebaliknya daunnya diubahsuai menjadi seperti batang dan mempunyai duri di bahagian sisinya.

Pokoknya berisi dan lembap serta mempunyai jus yang melekit di dalam daunnya. Jus ini amat pahit jika dimakan . Terdapat kepercayaan bahawa kepahitan jus ini adalah sebab utama kemujaraban pokok ini dalam perubatan. Pokok ini mudah hidup terutamanya di tanah yang berpasir dan bercahaya matahari. Ia sering ditanam di kawasan rumah untuk tujuan perhiasan dan kegunaan perubatan.

Pokok yang berasal dari Afrika dan kawasan Mediteranean ini mempunyai jus yang digunakan untuk melembutkan kulit dan mengubati luka serta kudis. Jus lidah buaya ini terdapat di pasaran dalam bentuk losyen, krim, pelembab, pelindung ultra-violet, syampu dan sabun.

Terdapat juga ubat-ubatan moden seperti ubat luka dan ubat melecur yang menggunakan jus lidah buaya sebagai ramuan utama. Ekstrak daripada daunnya yang kering digunakan sebagai julap untuk memudahkan pembuangan air besar.



SIRIH
Piper betle L







Daun Berubat Unsur Budaya


Sirih atau nama saintifiknya Piper betle L digunakan dalam perubatan traditional Melayu dengan meluasnya. Ia merupakan suatu tumbuhan yang simbolik dan juga merupakan makanan yang digemari ramai sebagai pencuci mulut dan makanan pada waktu rehat.


Kebiasaannya, pokok sirih ditanam di kampung-kampung. Namun begitu terdapat juga pokok sirih yang tumbuh meliar di kawasan semak-samun. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga boleh didapati dengan mudah di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.


Daun sirih dimakan bersama-sama gambir dan kapur sebagai makann harian pada waktu lapang. Ia amat digemari oleh orang Melayu dan India. Kadang-kala ia dijadikan hidangan kepada tetamu.Walaupun begitu, dewasa ini bilangan penggemar sirih semakin berkurangan.


Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai pengeras, iaitu sebagai syarat yang diberikan kepada bomoh apabila bomoh itu mengubati seseorang pesakit. Ia juga dijadikan hantaran dalam istiadat perkhawinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.


Selain daripada itu, daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung , daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.
Masakan dan makanan





HALIA

Zingiber offinale roscoe







Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.
Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.
Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).


Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

 Perubatan

Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.[1]

Kegunaan lain

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.





Nama Tempatan: Cekur Manis

Nama Saintifik: sauropus androgynus


 
Nama Lain: Taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush,katuk, ma ni chai,

Tumbuhan yang popular sebagai sayuran di Malaysia ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas.Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.Ia membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu.Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai.Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang.Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus.Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap.Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal.Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran.Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral.Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.Tumbuhan ini tumbuh dengan lebih subur dikawasan yang agak redup, ia boleh bertoleransi terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat) dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat. Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah sejenis kumbang Adoretus sinicus.

 
Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi.Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam. Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru.

No comments:

Post a Comment