Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Wednesday, June 30, 2010

DAUN BUNGA RAYA MENGUBATI SAKIT KEPALA

Pokok bunga raya sangat mudah didapati dipersekitaran tempat tinggal kita.  Selain mempunyai ketahanan  kepada cuaca , bunganya sangat cantik.  Terdapat pelbagai warna dan jenis bunga raya. Bunga raya yang juga bunga kebangsaan negara kita mempunyai ciri perubatan yang tinggi.  Daunnya dan akarnya boleh digunakan dalam perubatan terutama sebagai agen penyejuk badan yang cepat dan mujarab.
Untuk mengurangkan sakit kepala dan panas akibat demam, ambil segenggam daun bunga raya dan ramas dalam air.  Ramas hingga keluar lendir dan sapukan lendir itu di seluruh kepala.  Anda akan merasa sejuk dan sangat segar.  Ini boleh mengurangkan panas dan menghilangkan sakit kepala akibat panas.  Ia juga dapat melebatkan, menghitamkan dan mencantikkan rambut juka di buat selalu.  Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment