Pelaksanaan Kempen Bumi Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2005 dan dirasmikan di peringkat Kebangsaan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 2006. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama dikalangan penduduk-penduduk taman perumahan di bandar. Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan disamping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik.
Kempen ini menggalakkan amalan bercucuk tanam tanaman makanan berkonsepkan laman dapur atau ‘edible landscape’, secara menanam tanaman bersesuaian dengan ruang sedia ada dan memenuhi keperluan keluarga. Ia menekankan konsep pengeluaran makanan untuk kegunaan sendiri sahaja.
Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan sasaran utama adalah penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.
Anak-anak pokok pula ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah. Jenis tanaman yang dipilih terdiri daripada sayur-sayuran, daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan.
No comments:
Post a Comment