Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Monday, June 6, 2011

PETUA AGAR SIKU DAN LUTUT LEMBUT DAN LICIN


Dalam aktiviti seharian, mungkin tanpa kamu sedari bahagian siku dan lutut menjadi tumpuan utama dalam pergerakan tubuh. Siku yang terawat dan lutut yang indah dapat menjadi daya penarik yang tersendiri, terutamanya jika kamu penggemar skirt pendek atau seluar pendek. Oleh itu, berikan sedikit perhatian pada dua bahagian ini.

Mulailah merawatnya secara teratur!Tidak perlu dengan kosmetikyang mahal, melainkan cukup dengan menggunakan buah NENAS. Caranya mudah, parut buah nanas segar yang telah dicucibersih terlebih dahulu, lalu sapukanpada siku dan lutut kamu. Gosokkan perlahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nanas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.

Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya!!

No comments:

Post a Comment