Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Sunday, January 30, 2011

Sayuran- Makanan Sihat, ketahui khasiatnya

Bayam

Bayam atau Spinach merupakan salah satu sayuran yang ditanam secara komersil dan popular di Malaysia. Biasanya terdapat 2 jenis bayam iaitu bayam merah dan hijau. Bayam terkenal di kalangan kaum wanita bagi menambah darah yang kehilangan dan amat baik untuk ibu mengandung. Ini kerana bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

Banyak lagi sebenarnya khasiat bayam ini. Anda boleh baca sendiri di internet. Saya amat mengalu-alukan jika anda dapat berkongsi sesuatu mengenai bayam ini. Mungkin anda mempunyai petua yang telah lama anda amalkan. Saya juga ada satu soalan, antara bayam hijau dan bayam merah, mana satu pilihan selera anda

No comments:

Post a Comment