Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Wednesday, June 30, 2010

DAUN BUNGA RAYA MENGUBATI SAKIT KEPALA

Pokok bunga raya sangat mudah didapati dipersekitaran tempat tinggal kita.  Selain mempunyai ketahanan  kepada cuaca , bunganya sangat cantik.  Terdapat pelbagai warna dan jenis bunga raya. Bunga raya yang juga bunga kebangsaan negara kita mempunyai ciri perubatan yang tinggi.  Daunnya dan akarnya boleh digunakan dalam perubatan terutama sebagai agen penyejuk badan yang cepat dan mujarab.
Untuk mengurangkan sakit kepala dan panas akibat demam, ambil segenggam daun bunga raya dan ramas dalam air.  Ramas hingga keluar lendir dan sapukan lendir itu di seluruh kepala.  Anda akan merasa sejuk dan sangat segar.  Ini boleh mengurangkan panas dan menghilangkan sakit kepala akibat panas.  Ia juga dapat melebatkan, menghitamkan dan mencantikkan rambut juka di buat selalu.  Selamat mencuba.

BUMI HIJAU DI BUMI SERI UTAMA

KONSEP PELAKSANAAN

Kempen Bumi Hijau terdiri daripada 3 komponen Tanaman,Ternakan dan Akuakultur.

TUJUAN PROGRAM BUMI HIJAU

 

MATLAMAT PROGRAM BUMI HIJAU

Matlamat utama Program Bumi Hijau ialah untuk melibatkanwarga sekolah bercucuk tanam,bagi menghasilkan bahan makanan sendiri

Di samping memupuk dan menanam semangat cintakan alam sekitar, di kalangan murid – murid Sekolah Kebangsaan Seri Utama serta sentiasa menjaga keceriaan, kebersihan dan kehijauan di seluruh kawasan sekolah.

 
KAEDAH PERLAKSANAAN PROGRAM BUMI HIJAU

Program ini akan dilaksanakan di sekolah melalui komuniti secara bergotong royong.Justeru itu AJK Bumi Hijau Sekolah Kebangsaan Seri Utama mengambil tanggungjawab ini bagi menjayakan program Sekolah Lestari di sekolah ini dengan mengadakan tanaman herba dan penghijauan alam sekitar supaya semua murid,guru dan warga sekolah Kebangsaan Seri Utama merasai erti nilai keindahan alam semulajadi di sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Utama.

NAMA PROGRAM

 
Program Bumi Hijau Sekolah Kebangsaan Seri Utama.

OBJEKTIF
1. Memupuk nilai murni mencintai alam semulajadi dan penghasilan bumi
hijau di kalangan warga sekolah.
2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui program Bumi Hijau.

 
3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti Secara bercara bergotong royong dalam bercucuk tanam.

4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar dan cintakan penghijauan

5. Mewujudkan suasana sekolah yang cintakan alam sekitar, sentiasa menjaga keceriaan, kebersihan dan kehijauan di seluruh kawasan sekolah.

6. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan makanan segar dari hasil usaha sendiri.


SASARAN

Semua Murid , Guru dan Warga Sekolah Seri Utama
LOKASI

Taman Komuniti, Taman Selera, Taman Mini Kesihatan, Taman Herba , Taman Mutiara , Taman Permata Sekolah Kebangsaan Seri Utama.
Program Bumi hijau dilaksanakan di sekolah kerana untuk penghijauan di samping dapat mengeluarkan hasil tanaman yang segar, boleh di makan ,di jual atau di proses oleh warga sekolah tersebut.

PERTANIAN - PENGENALAN BUMI HIJAU DI SKSU




Pelaksanaan Kempen Bumi Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2005 dan dirasmikan di peringkat Kebangsaan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 2006. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama dikalangan penduduk-penduduk taman perumahan di bandar. Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan disamping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik.
Kempen ini menggalakkan amalan bercucuk tanam tanaman makanan berkonsepkan laman dapur atau ‘edible landscape’, secara menanam tanaman bersesuaian dengan ruang sedia ada dan memenuhi keperluan keluarga. Ia menekankan konsep pengeluaran makanan untuk kegunaan sendiri sahaja.


Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan sasaran utama adalah penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.


Anak-anak pokok pula ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah. Jenis tanaman yang dipilih terdiri daripada sayur-sayuran, daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan.

Monday, June 7, 2010

HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA

ALAM SEKITAR  ANUGERAH TUHAN

Alam sekitar merupakan anugerah Allah yang sangat besar nilainya kepada manusia.  Di bumi bertuah ini Allah SWT dengan penuh rahmatNya telah menganugerahkan pelbgai nikmat kepada manusia untuk menampung kehidupan mereka sehingga manusiaitu sendiri tidak akan dapat hkini dangenerasi seterusnya.idup tanpa anugerah yang hebat ini.  Melalui alam jugalah ,anusia dapat mengenali siapakah Penciptanya dan menginsafi kelemahan diri.  Oleh itu wajarlah kita bersyukur dan menyedari tanggungjawab kita untuk menjaga kelestarian yang memungkinkan kewujudan dan kelangsungan kita masa kini dan generasi seterusnya.
Sumbangan alam sekitar serta kepentingannya sering diabaikan.  Malahan alam sering didera perbagai aktiviti oleh manusia  yang rakus menikmati kekayaannya tanpa memelihara kesuciaannya.
Pendidikan Alam Sekitar melalui Sekolah Lestari juga melalui pendidikan Islam diharap dapat memberi kesedaran dan pendidikan tentang peri penting menjaga alam sekitar agar keindahannya  dipelihara dan dijaga.  Ianya juga memupuk rasa sayang dan menghargai anugerah ciptaan Tuhan, menanam rasa prihatin terhadap isu alam serta apakah yang perlu dilakukan untuk memeliharanya.


Langit yang dijunjung, bumi yang dipijak, alam sekitar anugerah Tuhan dipelihara, demi generasi seluruh benua,  Menjadi khalifah Allah di bumi bertuah ini.

"Dialah yang menciptakan kamu dari bumi (tanah) serta memgkendaki kamu memakmurkannya"
Surah al Hud; Ayat ;61



Sunday, June 6, 2010

PERTANDINGAN KELAS LESTARI

1 CEMPAKA UNGGULI ANUGERAH DAN PIALA SETIAP MINGGU.



Guru Kelas:  Puan Roziah bt Abdul Rahmani
Ketua Kelas : Alice NurEllisa Aisya Bakri
Bilangan Murid : 26 Orang

Rahsia Kejayaan; Menurut beliau kejayaan ini adalah sokongan murid-murid dan guru-guru pembantu yang mengajar di kelas ini yang turut sama menceria dan menjaga kebersihan kelas.  Murid-murid diminta menyediakan bekas sampah sendiri bagi mendidik sifat bersih dan kemas.  Ruang-ruang pembelajaran diatur dengan teliti agar keselesaan belajar diutamakan.  Sebagai seorang  yang berbakat seni tidak hairanlah kelas beliau sentiasa ceria dan menarik.  Tahniah diucapkan, teruskan kejayaan ini.