Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Saturday, March 6, 2010

AMALAN LESTARI DI PEJABAT

• Gantikan pokok hiasan tiruan dengan pokok hidup. Galakkan persekitaran hijau dan pastikan keseimbangan kandungan oksigen di pejabat. Kitar semula surat khabar, kertas terpakai dan kadbod. Sediakan bekas khas kitar semula di pejabat untuk mengumpul kertas yang telah digunakan.


• Penggunaan kertas secara minimum di pejabat adalah mesra alam dan dapat menjimatkan tenaga. Amalkan penggunaan e-mel, "instant messaging" dan sidang video (video conference) berbanding penggunaan faksimili dan mesin pencetak.


• Amalkan mengguna bekas minuman sendiri dan elakkan penggunaan cawan yang diperbuat daripada "Styrofoam" atau polisterin yang tidak boleh lupus. Sediakan minuman di dalam jag dan nikmati bersama rakan-rakan sepejabat.


• Gunakan komputer sebaiknya. Kurangkan jangka masa monitor berada dalam keadaan "sleep mode". Selepas menutup komputer, buka plak untuk mengelakkan pembaziran tenaga elektrik.


• Padamkan lampu, komputer, pendingin hawa dan mesin fotostat apabila tidak digunakan. Amalkan penjimatan elektrik.


• Guna semula sampul surat untuk menghantar surat. Guna semula kertas cetakan komputer sebagai kertas memo atau kertas mengambil pesanan telefon.


• Berjalan ke tempat makan akan menjimatkan petrol, mengurangkan pencemaran udara dan mengurangkan bahan pembungkusan serta mengurangkan pembuangan sampah di pejabat.


• Apabila menggunakan kertas untuk menulis atau membuat salinan di mesin fotostat gunakan kedua-dua belah muka surat.


• Pilih penyaman udara yang jimat tenaga. Pertambahan 1 darjah suhu penyaman udara akan menambahkan sebanyak 7% penggunaan tenaga elektrik.


• Jangan membazir kertas. Elakkan penebangan pokok berlebihan untuk tujuan pembuatan kertas.


• Gunakan mesin pengering tangan berbanding menggunakan tisu.


• Kurangkan perjalanan untuk kerja luar yang tidak penting. Setiap kali melakukan perjalanan melalui penerbangan, menaiki kereta api atau memandu kereta, ia memberi impak negatif kepada alam sekitar.

• Derma komputer lama kepada organisasi atau individu yang akan menggunakannya semula atau jadikan alat kreatif seperti akuarium atau peti surat.

SELAMAT MENCUBA DAN MENGAMALKAN.


1 comment: