Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Saturday, February 5, 2011

MEMBELI BELAH SECARA LESTARI



Tip Membeli-Belah Secara Lestari

1. Beli barang tempatan. Ini adalah kerana penggunaan api fosil dan pencemaran yang kurang kepada alam sekitar.
2. Elak membeli buah-buahan yang diproses (dalam tin)-kerana barangan ini biasanya dibungkus secara berlebihan dan mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan.
3. Beli produk yang segar dan ditanam secara organik-tanam organik kurang memberikan kesan kepada alam sekitar.
4. Susu dan telur. Beli yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh di kitar semula (karton atau botol kaca) dan telur yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang di kitar semula.
5. Bijirin- Beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh di kitar semula dan bahan yang di kitar semula. Elakkan daripada membeli barangan mini(lebih banyak sisa), beli pembungkusan yang besar dan simpan dalam bekas dengan betul.
6. Minuman (air dalam botol, kotak jus dan minuman lain)-ada di antara minuman ini boleh dibuat di rumah. Ia lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman ini.
7. Pasta, bijirin, serbuk kari-belilah produk yang diperoleh daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik. Pilihan pengguna dalam barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ianya adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
8. Daging-pengurangan penggunaan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah.
9. Barang berasaskan kertas-belilah produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang di kitar semula . jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum di kitar semula.
10. Stirofom- elakkan penggunaan sirofom sekali gus. Benze (bahan karsinogen-boleh menyebabkan kanser) merupakan bahan tambahan, ianya tidak boleh di biodegrasi dan boleh berada dalam tapak pelupusan untuk jangka sama yang panjang.
11. Bahan pencuci-kebanyakan bahan pencuci adalah sangat toksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Jika terdapat bahan pencuci mesra alam atau refill, belilah barangan ini.
12. Bawa beg sendiri-ini akan mengurangkan beg plastik semasa membeli-belah
Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment