Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Sunday, February 13, 2011

Recycle Community Info.

Ways" on your mandarin oranges
.by RCOMM : The Recycle Community

The Mandarin oranges are popular during Gong Xi Fa Chai with the Chinese as the word "orange" in Chinese sounds like "gold" or "good luck". Come the Lunar New Year, the Chinese buy oranges by the boxes to be given away to express good wishes for the New Year.




Here are some ways to solve probably saving your mandarin oranges and orange peels from getting dumped in the trash.


1. Room Freshener - place orange peels onto the vents of your radiator an it filled the living room with the citrus scent.

2. Brown Sugar - Slip a piece of orange peel into your sugar container and you'll have soft and fluffy sugar.

3. Make candied orange peels .

4. Run orange peels through the garbage disposal to freshen up a stinky garbage disposal.

5. Scrub a sink. Use a fresh orange peel to scrub through the gunk in your sink. The natural oils in orange peel are an excellent cleaner and shine your sink too.

6. Protect Your Garden - Scatter orange peels in your garden to deter cats from using it as a litter box. Cats hate the smell of orange oil and will do their business elsewhere.

7. As bug repellent. The oils in orange peels are also a natural insect repellent.

8. Light your fire by using dried orange peels instead of newspaper to start a fire. Orange oil is flammable and lights easily which makes it an excellent fire starter.

9. Bake a homemade orange cake.

10. After taking a warm bath dry ur body well and aply on your skin the oil of the peeling which u can get by tightly squzing the peel. It helps keeping you skin soft.

Enjoy !!
For more info, please go to;
recycle.rcomm@gmail.com

Sekitar taman dan tanaman


Saturday, February 5, 2011

MEMBELI BELAH SECARA LESTARI



Tip Membeli-Belah Secara Lestari

1. Beli barang tempatan. Ini adalah kerana penggunaan api fosil dan pencemaran yang kurang kepada alam sekitar.
2. Elak membeli buah-buahan yang diproses (dalam tin)-kerana barangan ini biasanya dibungkus secara berlebihan dan mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan.
3. Beli produk yang segar dan ditanam secara organik-tanam organik kurang memberikan kesan kepada alam sekitar.
4. Susu dan telur. Beli yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh di kitar semula (karton atau botol kaca) dan telur yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang di kitar semula.
5. Bijirin- Beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh di kitar semula dan bahan yang di kitar semula. Elakkan daripada membeli barangan mini(lebih banyak sisa), beli pembungkusan yang besar dan simpan dalam bekas dengan betul.
6. Minuman (air dalam botol, kotak jus dan minuman lain)-ada di antara minuman ini boleh dibuat di rumah. Ia lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman ini.
7. Pasta, bijirin, serbuk kari-belilah produk yang diperoleh daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik. Pilihan pengguna dalam barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ianya adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
8. Daging-pengurangan penggunaan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah.
9. Barang berasaskan kertas-belilah produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang di kitar semula . jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum di kitar semula.
10. Stirofom- elakkan penggunaan sirofom sekali gus. Benze (bahan karsinogen-boleh menyebabkan kanser) merupakan bahan tambahan, ianya tidak boleh di biodegrasi dan boleh berada dalam tapak pelupusan untuk jangka sama yang panjang.
11. Bahan pencuci-kebanyakan bahan pencuci adalah sangat toksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Jika terdapat bahan pencuci mesra alam atau refill, belilah barangan ini.
12. Bawa beg sendiri-ini akan mengurangkan beg plastik semasa membeli-belah
Sumber: Harian Metro

Kitar Semula...

Apa itu Kitar Semula...?
Proses memperolehi atau menjadikan
sebahagian atau semua bahan
daripada sampah untuk di guna
semula.

Bagaimana untuk laksanakan
kitar Semula...?

Pemungutan Sampah
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah
mengasingkan sampah-sampah yang boleh dikitar
semula dan yang tidak boleh dikitar semula.
Pemungut sampah akan tahu apa yang akan
dilakukan seterusnya.
Pusat Pengumpulan / Pusat kitar semula
Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula
ini adalah dengan hanya menghantar barangan yang
dikumpulkan untuk kitar semula ke pusat kitar
semula yang terdapat di seluruh negara. Proses
yang lain akan dijalankan oleh pihak-pihak tertentu.

Kenapa Kitar Semula?

- Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat
dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan
keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan
menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti
tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat
mengurangkan sampah yang dibuang dan
seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
- Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah,
lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah
satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan
mengitar semula dapat mengurangkan ancaman
alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah
dan udara.
- Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih
menjimatkan berbanding dengan usaha
menyelenggara tapak pelupusan sampah atau
sistem yang lain. Apabila program kitar semula
bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan
semakin berkurangan. Ini seterusnya akan
memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan
sampah akan dikurangkan.
- Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya
membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah
anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan
kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan
produk kertas bagi menampung permintaan
tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain
untuk industri pengeluaran yang lain.
- Kitar semula untuk menjimatkan tenaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar
semula satu tin aluminium adalah bersamaan
dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV
selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan
suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan
sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk
pengeluaran kaca.
- Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17
pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula
kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang
perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana
ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen
dan udara bersih.

Kaca
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas
makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.
Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam
tong yang berwarna COKLAT
Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca
yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna
jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada
sesetengah yang menerima kaca yang bercampur
aduk.
Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh
diterima. Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas
yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran
contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan
mentol lampu.

Kertas
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang
tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama,
buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak
boleh dikitar semula.
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang
berwarna BIRU.
Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih,
kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas
nota putih.
Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang
terhasil dari pejabat termasuklah yang berwarna putih dan
juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat
dan buku. Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang
mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai
harga pasaran yang agak rendah.
Kertas licin, pita dan sampul surat yang mempunyai plastik
biasanya tidak dibeli oleh pembeli. Harga yang mahal
biasanya mempunyai bahan campuran yang kurang
membawa kepada pencemaran.

Logam
Semua jenis barang yang diperbuat daripada
aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar
semula. Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong
yang berwarna JINGGA
Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan
bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula.
Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium
mempunyai harga pasaran yang tinggi.
Pengumpulan bahan logam tersebut adalah
bergantung kepada jenis logam dan keadaan pasaran
tempatan.

Plastik
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat,
botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan
yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar
semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke
dalam tong yang berwarna JINGGA.
Kitar Semula plastik adalah industri yang masih baru dan
dijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi.
Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang
lebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasingan
plastik mengikut jenis terlebih dahulu.
Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula
digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu.

Apa yang boleh dikitar semula??...

Tips kitar semula di pejabat.
• Gunakan cawan untuk minum. Ini boleh menjimatkan kegunaan bekas minuman kertas atau Styrofoam.
• Padamkan lampu jika anda tidak akan berada di tempat anda untuk lebih dari 15 minit. Padamkan
komputer anda jika anda tiada di tempat anda untuk lebig dari satu jam.
• Gunakan e-mail untuk menghantar memo atau notis.
• Gunakan mentol yang berkuasa rendah. Ini akan menjimatkan kegunaan tenaga bagi syarikat anda.
• Belilah/gunakan pen yang boleh diisi semula.
• Berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik lutsinar/transparensi untuk apa-apa persembahan.

Pengunaan komputer samada komputer peribadi mahupun laptop dan projektor adalah lebih baik.
• Simpan senarai penghantaran sekerap yang boleh. Ini dapat membantu mengurangkan surat yang tidak
dihantar yang mana banyak menggunakan kertas melebihi jumlah yang sepatutnya.
• Edarkan dokumen/memo kepada orang ramai daripada mencetaknya untuk setiap orang. Gunakan keduadua
belah bahagian kertas untuk mencetak.
• Selain daripada mencetak laporan anda, anda boleh juga menyimpan data-data laporan anda di dalam
komputer; juga di dalam cakera padat ataupun disket. Ini amat menjimatkan terutamanya bila anda
membayangkan kemungkinan sesetengah bahagian laporan anda langsung tidak di baca.
• Peruntukkan satu hari dan arahkan semua pekeja untuk membuang semua barang-barang yang tidak
digunakan lagi. Kumpulkan barang-barang buangan yang difikirkan masih boleh di kitar semula.
• Jika pejabat anda mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, usahakan agar ia ditutup apabila didapati
sebahagian daripada pekerja-pekerja tidak berada dalam pejabat. Ini juga dapat menjimatkan penggunaan
tenaga eletrik
• Wujudkan sistem fail berpusat untuk mengurangkan salinan yang banyak - ini bukan sahaja dapat
menjimatkan kertas malahan ruang pejabat juga.
• Gunakan papan putih yang boleh dipadam atau papan buletin di ruangan komunikasi untuk kegunaan
berkomunikasi di pejabat.
• Kitar Semula kotak kadbod yang digunakan dalam penghantaran barang atau aturkan supaya pembekal
menggunakannya semula.
• Untuk jamuan-jamuan, gunakan barang-barang yang boleh dibersihkan dan digunakan semula.
• Gunakan tin minuman aluminium sebagai ganti kepada gelas plastik atau kertas. Tin aluminium boleh
dikitar semula manakala gelas kertas daripada mesin penjual air selalunya mengandungi lapisan lilin
supaya kalis air dan tidak dapat di kitar semula.
• Galakkan pekerja untuk meningkatkan jumlah kertas yang di kitar semula di tempat kerja dengan
melupuskan fail-fail lama.

Tuesday, February 1, 2011

LENGKUAS CANTIKKAN KULIT


Menghilangkan Panau.

Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.

Selamat mencuba daripada saya
Pn Roziah Abdul Rahman