Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.



Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memeahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungawab ke arah kelestarian hidupan dibumi, Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

Plants

Loading...

SEKOLAH DALAM TAMAN

SEKOLAH DALAM TAMAN

Wednesday, April 28, 2010

PANEL PENILAI DI SK SERI UTAMA

                         13 APRIL 2010, merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu dengan debaran oleh warga SKSU kerana hari ini merupakan hari tibanya para penilai Anugerah Sekolah Lestari-Anugerah alam Sekitar  bagi tahun 2010.
                           Semua persiapan telah diatur agar penilaian berjalan lancar dan dapat memaparkan SKSU yang beridentiti Lestari - Sekolah Dalam Taman dan menyokong padu konsep alam sekitar dipraktikkan dalam pendidikan akademik dan kehidupan seharian.
                           Kronologi Penilaian- Panel Penilai terdiri daripada Pn Amri bt Hj Ali, Penolong Pengarah Bidang Ko-Akademik, Jabatan Pelajaran Selangor, Cik Nik Noraini Azhimah bt Nik Abd Rahman , Penolong Pengawai Kawalan Alam Sekitar, Jabatan Alam sekitar dan Tuan Mohd Fikri {YAWA} dengan diiringi Encik Zamhari dari PPD Sabak Bernam
                            Ketibaan panel disambut oleh perbarisan dan tabik hormat KRS dan diikuti nyanyian Koir Sekolah dengan lagu Sekolahku Lestari.

Ketibaan panel disambut AJK Pengurusan dan bunga rosej yang berasaskan tumbuhan di SKSU

Koir Lestari menyanyikan Lagu Sekolahku Lestari.

Panel diirngi pegawai PPD Sabak Bernam meninjau Gazleri Lestari.

Di Kolam Ternak Ikan Tilapia

Monday, April 19, 2010

ELEMEN KHAS- INOVASI ENZIM SAMPAH-- PROJEK ZERO TO HERO

PERTANIAN MESRA ALAM - BAJA ENZIM SAMPAH

Bahan-bahan yang diperlukan;
Enzim sampah dibuat daripada campuran sisa sayuran, kulit bawang, kulit telur, kulit buah pisang dan buah lai serta hampas teh.

Cara membuatnya
 Nisbah campuran                  
 :1 kilo gula merah
 :3 kilo sampah
 :10 liter air.
 Perap 3 bulan, bulan pertama buka utk keluarkan lebihan gas setiap hari. Matang dan boleh guna jangkaan pada bulan Julai 2010.

Perkembangan pembuatan enzim sampah terkini akan disertakan gambar.
Projek ini juga merupakan satu kolaborasi bersama projek dapur dan kantin sekolah ini.
Mari kita jayakannya.


Penyelaras
Selain boleh diguna sebagai baja organik , ia juga boleh dijadikan bahan pencuci di bilik mandi, longkang juga lantai.
Terkini, enzim ini juga boleh diguna sebagai ejen pencuci kolam ikan dengan melontarkanya ke dalam kolam dan ia boleh menjernihkan air kolam yang keruh.
Selamat mencuba.



LAGU TEMA- SEKOLAH LESTARI- ANUGERAH ALAM SEKITAR

SEKOLAHKU LESTARI

Teman.. kau lihatlah
Sekolah ku, bagai dalam taman.



Sekolah Lestari harapan kami
Sekolah indah bersih berseri
Lestari sekolah kami lestari

Pohonan hijau menambah seri
Di taman-taman yang dikenali
Amalkan gaya hidup lestari

Sayangi bumi ini
Kemusnahannya dijauhi
Kualiti alam sekitar
Dikekalkan dan dilindungi
Oooo..

Indah alam di bumi ini
Damai bersih nyaman terasa
Sekolah bersih warganya ceria

Bergotong-royong berkerjasama
Menjadi wira alam semesta
Bersatu hati seia sekata

Anugerah Alam Sekitar
Bumi Lestari takkan tercemar
Berikrar dan berjanji
Hormatilah bumi lestari

Linang Permata, Taman Puteri
Singgahan burung-burung merpati
Juga berenang damai si keli

Tak lupa juga kitar semula
Seni kreatif mengubah rupa
Janganlah dibuang merata-rata

Teman, kau lihatlah
Sekolahku bagai dalam taman
Kini ku berani tempuh cabaran
Kelestarian negara

Bertambahlah azam semua
Kami Warga Seri Utama
Aspirasikan untuk negara

Lestari sekolah kali lestari
Anugerah dari Ilahi
Bersama-samalah menjagai


Adaptasi rentak lagu Erti Hidup
Senikata semula ; Tcer Z


INOVASI LESTARI -1- GALERIA LESTARI

SELAMAT DATANG KE GALERI LESTARI SK SERI UTAMA

      GALERI LESTARI diwujudkan atas tujuan dan misi mengumpul dan mempamer semua barangan warisan, antik, kreatif, inovasi juga kitar semula.  Ianya juga mempamerkan unsur dan nilai kesepaduan moden dan lama juga terkini.  Ia juga merupakan satu cabang prasarana pembelajaran yang sangat mngujakan murid-murid di mana mereka dapat melihat yang dulu-dulu melalui masa kini di samping menunjukkan bakat meinovasi barangan terbuang dan dipamer disini juga.
       Barangan pameran di perolehi daripada guru-guru, murid-murid, ibubapa juga individu yang ingin melihat generasi kini serba tahu  dan mengasah minat yang sama.
        Bermula sebagi bilik stor sukan dan alatan terpakai kini ianya menjadi salah satu elemen istimewa di SKSU.  Selamat meneroka ruang Galeri Lestari kami.

























 Antara VVIP  dan VIP yang pernah berkunjung ke Galeri Lestari kami.



Monday, April 12, 2010

SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR...... inilah masanya...

SELAMAT DATANG
 PANEL PENILAI
SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR
KE
SK SERI UTAMA.

SEKOLAH BAGAI DALAM TAMAN
SEKOLAH LESTARI, MURID BESTARI.

Saturday, April 10, 2010

INOVASI KREATIF- KITAR SEMULA DALAM PEMBANGUNAN SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR

                                                                                                           komputer rosak dijadikan peti surat.
Amalan kitar semula
Memberi sokongan program kitar semula selain menggalakkan murid-murid dan warga sekolah memberi kerjasama untuk mengitar semula barang buangan sebanyak mungkin.
Menggunakan semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang atau sebagai hiasan yang mengelakkan pembaziran dengan membeli bekas baru.
Mengurangkan penggunaan beg plastik atau bawa beg sendiri untuk membeli belah. Ini disebabkan beg plastik sukar untuk dilupuskan.


Penggunaan semula bahan terbuang sangat diimplimentasikan oleh murid—murid dan guru-guru serta kakitangan yang lain. Bahan –bahan terbuang dan lama digunakan semula setelah dibaikki, dipulih , diinovasi dan dihias dan dapat pula dipelbagai guna.
 
Tayar yang dijadikan arca bermesej.

Wednesday, April 7, 2010

PEMENANG BULANAN ANUGERAH KELAS LESTARI- BULAN MAC

TAHAP SATU

KELAS 1 CEMPAKA
GURU KELAS PN RODZIAH ABD RAHMAN
KETUA KELAS M. FARIZZUDIN B ABDULLAH


TAHAP DUA

KELAS 5 ANGGERIK
GURU KELAS PN NORLI RAZALI
KETUA KELAS HAMIDAH ISHAK

PENDIDIKSN KHAS


KELAS KKBP 3
GURU KELAS PN AMINAH
KETUA KELAS M. SYUKRI


PERATURAN LESTARI

PERATURAN LESTARI


1. PENJIMATAN ELEKTRIK

Setiap kelas atau bilik-bilik khas adalah termaktub didalam peraturan dan pekeliling sekolah mengenai penjimatan elektrik.

Lampu boleh dipasang jika perlu dan perlu dtutup jika cahaya mencukupi.

Lampu hanya boleh dip[asang selewat-lewatnya hingga jam 9 pagi dan hanya untuk 4 set atau 2 bay sahaja.

Kipas pula hanya boleh digunakan padamulai jaml 9 pagi

Mana-mana kelas atau bilik-bilik khas yang melanggar peraturan ini, denda RM5 akan dikenakan.



2. SAMPAH

Denda sebanyak RM1 akan dikenakan kepada individu yang membuang sampah merata-rata atau tidak mengutip sampah yang berhampiran dengannya.

Kelas yang mempunyai sampah daripada kertas buku di dalam tong sampah nya akan ditolak 50 markah.



3. TANDAS

Pengguna tandas mesti menggunakan selipar atau terompah yang disediakan . Denda RM1 bagi yang gagal patuhi peraturan ini.







4. KOLAM DAN TAMAN

Penjagaan kebersihan taman, tanaman, ternakan dan kolam adalah tanggungjawab bersama. Murid yang membuang sampah di dalam kolam atau taman-taman sekolah, atau merosakkan tanaman akan dikenakan dendaRM2.



5. PRASARANA SEKOLAH

Bagi kesalahan merosakkan harta sekolah seperti cermin tingkap, kerusi, meja, pintu dan sebagainya , akan dikenakan denda sebanyak RM10 bagi setiap kesalahan.

Begitu juga bagi kesalahan menconteng atau mengotorkan mural, dinding dan peralatan sekolah RM 10 akan dikenakan .



6. HAD LAJU KENDERAAN

Bagi kenderaan bermotor, patuhi peraturan lalulintas jalanraya demi keselamatan murid dan pengguna. Had laju yang dibenarkan didalam kawasan sekolah adalah 10km/jam. Denda RM10 jika melanggar peraturan in i.

Bagi pengguna basikal, sila tuntun basikal tersebut ke garaj basikal yang disediakan. Dilarang menunggang basikal dalam kawasan sekolah. Denda RM2.

Pejalan kaki mesti menggunakan laluan yang disediakan demi keselamatan.



7. PAS KESELAMATAN

Semua guru, kakitangan, pekerja perlu mempunyai pas keselamatan dan perlu dipamer di kenderaan. Jika tidak mempunyai pas, kenderaan tidak dibenarkan masuk.

Bagi orang awam yang ingin berurusan perlu mendapatkan pas ini daripada pegawal keselamatan bertugas.

Pegawai-pegawai pelajaran, kerajaan, swasta, NGO juga perlu mendapatkan pas masuk dan kenderaan adalah dibenarkan dibawa masuk.

Peniaga-peniaga perlu membeli pas masuk dan ditunjukkan kepada pegawal keselamatan ketika berurusan disekolah ini.



8. PAS KELUAR KELAS

Setiap murid yang mendapat kebenaran keluar kelas perlu memakai pas keluar tersebut. DendaRM1 jika didapati keluar kelas tanpa pas.



9. MAKAN DI KANTIN

Murid-muriid hanya dibenarkan makan di kantin sahaja. Murid yang makan sambil berjalan akan dikenakan denda RM1.